Sunday 25 September 2011

Lempeng Telinga Gajah


Resepi dari emak ini boleh menghasilkan lebih 15 keping roti berukuran 6".
---------------------------------------

1/2 kg tepung gandum
1/2 cawan margerin
air garam yang dilarutkan di dalam sedikit air
~ uli adunan seperti membuat kulit karipap ~

Kemudian ambil sedikit adunan dibulat-bulatkan dan dicanai nipis.
Goreng dalam minyak panas terendam.
Kalau dah menggelembung buncit tu...kira jadilah..
Makan bersama kuah pilihan
 
Note: Nak makan baru goreng. Kalau dibiarkan sejuk lama...liat. So, jangan buat banyak2... 
 
~ Mak Ngah ~

Saturday 24 September 2011

Sambal Goreng Jawa 2


Resepi di atas sama seperti Sambal Goreng Jawa 1

Teknik penyediaan saja sedikit berbeza.
Bila sampai step 2, selepas masukkan fucuk (tahu kering), masukkan air asam jawa dan kicap manis. Kemudian masukkan suhun yang telah direndam.
Kemudian barulah dimasukkan bahan-bahan sayur.

~ Mak Ngah ~

Tuesday 13 September 2011

Rempeyek Resepi Mak


1 peket tepung beras
6 sudu besar tepung ubi
20-25g ketumbar biji
1 camca besar jintan putih(halus)
1 camca kecil jintan manis (kasar)
1 cawan ikan bilis@udang kering ~ direndam dan kisar kering(tanpa air)
5OOml santan dari sebiji kelapa
2 butir telur
Garam
Kacang tanah [dijemur/goreng tanpa minyak sekejap]

Cara:
Ketumbar, jintan putih dan jintan manis dikisar bersama telur dengan menggunakan sedikit santan. [bukan air]
Tepung beras digaul bersama tepung ubi bersama garam.
Masukkan adunan yang diblend tadi ke dalam mangkuk tepung.
Masukkan ikan bilis@udang kering kisar.
Masukkan sedikit adunan ke dalam mangkuk lebih kecil, masukkan kacang tanah.
Dengan menggunakan sudip rata...gunakan kreativiti untuk membentuk rempeyek..




~ Mak Ngah ~

Laksa Johor


Bahan-bahan:
Spaghetti, direbus bersama garam +  1/2 sudu kecil minyak. Toskan.
3 ekor ikan kembung  ~ rebus dan ambil isi
1/2 ikan tenggiri ~ rebus dan ambil isi
12 ekor udang basah ~ rebus berasingan dan dikisar
1 sudu besar udang kering ~ rendam dan kisar
5 ulas bawang merah ~ kisar
2 ulas bawang putih ~ kisar
2.5 cm halia ~ kisar
2.5 cm lengkuas ~ kisar
3 batang serai ~dititik
1 bungkus rempah kari ikan
1 mangkuk pati santan dari 1 biji kelapa (kisar bersama isi ikan)
1 1/2 mangkuk santan cair
5 keping asam keping
1/2 biji kelapa ~ kerisik. Mak Ngah guna 1 sudu kerisik segera
Garam

Cara Membuat :
 1. Panaskan minyak. Tumis semua bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan rempah kari (bancuh sedikit air). Kacau rata.
3. Masukkan serai, santan cair. Biar mendidih.
4. Masukkan udang kisar, udang kering kisar dan isi ikan yang dikisar bersama santan pekat. 
5. Tambah asam keping dan garam.
6.Tambah kerisik.
7. Masak hingga kuah pekat

Bahan Ulam:
 
 
Tauge
Timun
Daun kesum dihiris
Limau kasturi
Lobak asin (optional)
Bawang besar (optional)
Sambal belacan

Cara Hiris Timun:


~ Mak Ngah ~

Soto Daging


Jangan ingat soto ayam je ada ya...soto daging pun boleh.
Part paling best kalau makan bersama nasi himpit yang dibuat sendiri. 
Senang sangat-sangat...tak payahlah beli nasi himpit segera.

Cara Membuat Nasi Himpit:
1.Basuh beras 2 pot (untuk 4 orang makan). Beras biasa saja...JANGAN beras wangi
2. Formulanya 1 pot beras =3 pot air.
3. Tambah secubit garam dan 2 titik minyak masak bagi nampak cantik.
4. Dah masak, tumbuk2 dengan lesung@ senduk kayu
5. Keluarkan...masukkan dalam dulang@bekas leper. Tekan-tekan rata dan padat.
6. Tunggu sejuk.

Cara Buat Sup Soto Daging Simple:
1. 300g daging yang sudah dipotong kecil direbus bersama kayu manis, bawang putih goreng (diketuk) dan 2" halia
2. Rebus empuk baru dimasukkan rempah sup bunjut, perencah masakan Hilal dan garam.
3. Buah pelaga, bunga lawang dan 5 ulas bawang merah dihiris digoreng sebentar, diangkat dan dimasukkan ke dalam rebusan.
4. Hiasilah dengan bahan soto seperti ayam iaitu suhun goreng, daun sup, daun bawang, bawang goreng, kacang tanah goreng (optional) dan tauge mentah
5. Last sekali...jangan lupa sambal kicap.


~ Mak Ngah ~

Thursday 8 September 2011

Pengat Keladi + Keledek + Pisang


Bahan-bahan:
1 keladi ~ sederhana besar
1 keledek ~ sederhana besar
(dipotong dadu dan direbus + sedikit garam hingga empuk. Toskan)
6 batang pisang ~ Mak Ngah guna pisang nangka. Hiris tebal.
3 keping gula nira yg bulat~ dipotong kecil
50 sen sagu biji ~ guna separuh saja. Rendam kembang dan toskan.
RM1 santan pekat
Daun pandan, disimpul dan sedikit garam

Cara Membuat :
1. Cairkan gula nira bersama air di dalam periuk.
2. Masukkan daun pandan.
3. Ketulan gula dah cair, masukkan pisang dahulu diikuti keledek dan keladi yang telah direbus.
4. Masukkan santan pekat. Dah mendidih masukkan sagu biji dan sedikit garam. (syarat je...)
5. Tutup api
6. Kombinasi manis keledek, masam pisang nangka dan rasa tawar keladi tu yang melengkapkan rasa antara satu sama lain.


~ Mak Ngah ~

Spaghetti Carbonara Express


Bahan-bahan:
1/2 bungkus spaghetti ~ rebus bersama 1/2 sudu minyak dan secubit garam. Toskan.
 
1 tin carbonara cendawan ~Mak Ngah guna jenama Campbell, tin biru
1/2 labu bawang besar ~ didadu
1 bawang putih ~ tumbuk lumat
2 keping isi ayam ~ kisar dalam food processor. Hiris nipis pun boleh.
1/2 tin cendawan butang ~ hiris 
lada sulah , garam

 Cara Membuat:
1. Tumis bawang putih dan bawang besar dengan minyak zaitun, (kalau ada le)
2. Dah layu, masukkan isi ayam. Masak sebentar.
3. Masukkan sedikit air, carbonara mushroom, cendawan hiris. Perisakan dengan sedikit garam dan lada sulah.
4. Nak tambah Nestle cream segar pun boleh.
5. Senangkan???

~ Mak Ngah ~

Wednesday 7 September 2011

Chicken Boxing


Step membentuk chicken boxing:

Step 1
Kepak ayam dipotong dua di bahagian tengah
Step 2
Ambil bahagian yang banyak isi. Kikis dan terbalikkan isinya ke atas. Biar tinggal tulang di bahagian bawah.Senang anak-anak nak pegang. (macam aiskrim)
Perap dengan lada sulah, lada hitam, garam dan jus limau nipis. Lagi lama perap lagi sedap. 
Simpan dalam fridge.
 
Celup dalam telur yg dipukul sekejap. Kemudian salut dgn breadcrumbs (serbuk roti). 
Lepas ni goreng terendam.

~ Mak Ngah ~

Ubi Tumis


Bahan-bahan:
Ubi kayu  ~ anggaran 1kg


Bawang merah - 8 ulas
Bawang putih - 4 ulas
Ikan bilis - segenggam
(Semua bahan diblender)

Cara Membuat :
1. Letakkan sedikit minyak dalam kuali. 
2. Tumis bahan-bahan dikisar tadi hingga wangi. 
3. Masukkan ubi kayu yang telah dipotong kecil dan dibersihkan. 
4. Masukkan air searas dengan ubi kayu tersebut.Tambahkan garam.
5.Tutup kuali dan direbus empuk.
Pastikan ubi tersebut telah empuk sebelum dihidangkan.


Note : The best part...kanji dari tumisan ubi kayu yang melekat di ubi kayu tersebut...paling sedap. Lembik2...


~ Mak Ngah ~

Sambal Goreng Jawa 1


Bahan-bahan:
2 bungkus tempe ~ hiris  kecil dan goreng sebentar. Ketepikan
3 biji kentang ~ hiris kecil dan goreng sebentar. Ketepikan
3 keping tauhu (takua) ~ hiris dan goreng sebentar. Ketepikan
sebungkus kecil suhun ~ direndam lembut dan tos
2 keping fucuk (tauhu kering) ~ direndam lembut dan digunting kecil. Toskan

Bahan tumis:
1/2 labu bawang besar
4 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
sedikit halia
10 atau lebih batang cili hijau dihiris ~ nak pedas tambah cili padi
ikan bilis
Boleh guna pedal @ hati ayam dihiris
gula dan garam secukup rasa
sedikit air asam jawa
kicap

Cara Membuatnya:
1. Tumis bahan tumisan dalam kuali, bawang, bilis dan last sekali cili hijau.
2. Masukkan tahu kering (fucuk). Masak hingga lembut . Tambahkan garam dan sedikit gula
3. Masukkan tempe, tauhu dan kentang yang sudah digoreng
4. Perisakan dengan sedikit air asam jawa dan kicap. 
5. Last sekali...masukkan suhun yang telah ditoskan airnya.



~ Mak Ngah ~

Tilapia Cili Api


Ikan talapia sederhana besar dilumur garam dan kunyit sebelum digoreng. Ketepikan dahulu.

 Bahan kisar@tumbuk:
5 ulas bawang merah 
7 biji cili padi~ ikut tahap kepedasan masing2
1" kunyit hidup

2 batang serai - diketuk
1 daun kunyit - koyak2
semangkuk santan
asam keping
garam

Cara-cara:
1. Tumis bahan kisar hingga bau wangi. 
2.Masukkan serai. 
3. Tuang santan secukupnya. Api jangan besar sangat supaya tak pecah minyak. 
4.Masuk garam, asam keping dan daun kunyit. 
5. Dah nampak santan mendidih, masukkan ikan talapia yg dah digoreng tadi.

~ Mak Ngah ~

Udang Masak Kunyit


Bahan-bahan:
20 ekor udang (sederhana besar)
digaul dgn garam dan serbuk kunyit ~ perap jap
1 labu bawang besar, dihiris 
2 cili hijau , dihiris. Cili padi pun boleh 

Cara Membuat:
1. Masukkan minyak dalam kuali, macam nak goreng udang
2. Goreng udang perap tadi
3. Nampak dah half-cooked, masukkan bawang dan cili tadi
4. Bawang dah garing, angkat.
(Pejam mata pun leh buat kan???)

~Mak Ngah ~

Ketam Lada Hitam

Resepi diperolehi dari tukang masak di Top Sport Food Centre, Kuching, Sarawak

Bahan-bahan:
1 1/2 kg ketam digoreng dahulu (half-cooked). 
Ketepikan sebentar.

5 bawang putih - tumbuk kasar
20 biji lada hitam - tumbuk kasar
1 labu bawang besar - hiris
Sos tiram
Sos lada hitam
Sos cili (sedikit) ~ optional
Kicap~ Mak Ngah guna kicap manis Kipas Udang
 
Cara Membuat:
1.Tumis bawang putih bersama lada hitam. 
2.Tambah air dalam 1/2 cawan.(Jangan banyak air, bukan masak kicap). 
3.Masukkan bawang besar hiris. 
4. Setelah mendidih, masukkan sos tiram , sos lada hitam  sos cili dan kicap. 
5. Kalau guna kicap masin, tambah sedikit gula. Adalah rasa pedas, masin dan manis. 
6.Bila dah pekat, masukkan ketam yg telah digoreng tadi.


~Mak Ngah~

Baby Kubis Tumis


Bahan-bahan:
Sepeket baby kubis dibasuh dan rendam dalam air garam sekejap
("kepak" sehelai-helai takut jumpa cacing atau pasir)
5 ulas bawang putih ~ ketuk@hiris terpulang
Sos tiram
Serbuk pati ikan bilis MAGGI

* Didihkan air di dalam periuk. Masukkan sedikit minyak masak@olive oil dan secubit garam ke dalamnya. Masukkan baby kubis . Celur sekejap saja dan angkat. Kalau rajin, rendam dalam air sejuk dari fridge*

Cara:
1. Tumis bawang putih dengan sedikit minyak. 
2. Bila dah keperangan a.k.a agak2 kehangusan (ikut suka) kasi angkat bawang putih itu. Ketepikan.
3. Lebihan minyak tadi dimasukkan sos tiram barang 2@3 sudu terpulang kepada empunya badan. 
4. Tambahkan sedikit air dan masukkan 1 sedikit serbuk pati ikan bilis MAGGI. Rasalah masinnya. Kedua2 sos tiram dan serbuk pati ikan bilis tu udah masin.
5. Kalau nak style Cina agak pekat tu...bolehlah masukkan bancuhan tepung jagung.
6. Curahkan kesemua kuah atas kubis yang dah dicelur tadi. 
7.Kemudian taburkan bawang putih goreng yang diketepikan tu..



~Mak Ngah~

Bubur Jagung


Bahan-bahan:
5 tongkol jagung manis dihiris isinya
6-7 cawan air
1 cawan gula
1 cawan santan pekat (ready made) @ 1 kotak santan MS 200ml
50 sen sagu biji, direndam kembang dalam air kemudian toskan
2 ikat daun pandan & secubit garam

Cara Membuat :
1. Masakkan air bersama gula di dalam periuk hingga gula larut. Masukkan daun pandan yang dah disimpul.
2. Masukkan sagu biji yang dah direndam. Masak dan kacau hingga putih jernih.
3. Masukkan isi jagung tadi .
4. Masukkan santan pekat dan sedikit garam.
5. Mendidih, angkat...


~Mak Ngah~

Bubur Kacang Durian


Bahan-bahan:
300g kacang hijau 
2 keping gula kabung dipecah-pecahkan ( tambah gula pasir kalau kurang manis)
RM2 santan pekat 
isi durian
sedikit halia ~ optional (buang angin katanya...orang kata kacang hijau berangin!)
* kalau masuk durian, emak kata tak yah letak daun pandan*

Cara Membuat:
1. Cuci bersih kacang hijau. Masuk dalam periuk + air biasa
2. Bila kacang hijau dah empuk, masukkan gula kabung.
3. Nampak gula kabung dah mencair, masukkan isi durian dan santan pekat .


~Mak Ngah~

Bubur Lambuk Slow Cooker

Bubur lambuk versi Farah (kawan lama semaktab)

 
Bahan-bahan:
 3 pot (plastik) beras
300-500g daging dipotong kecil
 
Masukkan beras dan daging dalam pot. Penuhkan air. Set "AUTO". Masak hingga nampak lembut.

Bahan-bahan:
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • sedikit halia
  • sedikit lada hitam
  • sesudu udang kering (optional)
  • sedikit jintan putih
Semua bahan di atas ditumbuk@dikisar ~jgn letak air banyak sangat. Kemudian di"tumis darat" ..istilah utk teknik menumis kemudian di tapis minyaknya. Ketepikan. Ini untuk elak minyak.
  • 1@2 btg lobak, ikut saiz dipotong dadu
  • kangkung, dibersihkan (optional)
  • 10 ekor udang basah ~ dibuang kulit dan digoreng sekejap. Ketepikan
  • RM1 santan.
  • daun sup/daun bawang
  • bawang goreng
CARA MEMBUAT:
1. Bila daging tu dah hampir-hampir lembut,beras pun dah nampak nak jadi bubur masukkan bahan kisar yang sudah ditumis darat tadi. 
2. Masukkan lobak dahulu. Rasalah garamnya . 
3. Masukkan santan dan udang yang digoreng sekejap tadi. 
4. Last sekali dah ok rasa....dah 98% hampir selesai...barulah masukkan kangkung. 
5.Taburkan daun sup. daun bawang dan bawang goreng.


~Mak Ngah~

Wantan Sup


Bahan-bahan:
10 uncang wantan yang sudah siap dibentuk
Baby sawi
3 ulas bawang putih diketuk
Air rebusan ayam (guna stok ayam@kiub pun bolehlah...cepat dan ringkas)
Garam @ kicap cair kalau ada
Cara Membuatnya
1.Tumiskan bawang putih hingga wangi
2. Masukkan air rebusan.
3. Masukkan sawi dan wantan
Olehkerana isi wantan sudah dimasukkan garam....letak sedikit garam sahaja
Note : Dalam Astro Food Channel, dimakan bersama mee wantan. Mak Ngah makan dengan nasi saja.


~Mak Ngah~

Wantan Goreng

 Resepi dapat dari Astro 703 Asia Food Channel

Wanton pastry
10 ekor udang sebesar ibu jari  - kupas kulit
1 isi ayam sebesar tapak tangan
sedikit daun sup
serbuk lada sulah, garam
(Resepi asal ada sesame oil ~ minyak bijan)
Resepi di atas boleh dapat 30 biji wantan goreng.

 Semua campak dalam food processor. Garam dan lada sulah sekali.

  
Step 1 : Basahkan setiap penjuru pastry dengan air ( air biasa jek..wat gam)
Step 2: Sudukan sedikit adunan dan letak ditengah2 pastry
Step 3 : Bentukkan ikut kreativiti masing2..Jgn ada yg "terbuka"..masuk minyak nanti kalau digoreng. 
Goreng terendam..cicah dengan sos cili


~Mak Ngah~

Ayam Ungkep @ Ketumbar


1 ekor ayam kampung (tak cepat hancur)
*kalau guna ayam pekan, goreng sekejap*

Bahan-bahan:
12 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
 2" halia
2" kunyit basah
2" lengkuas
5 sudu besar ketumbar biji
1 sudu besar jintan manis
(semua bahan di atas di kisar).
Attention : Ketumbar biji dan jintan kisar kering kalau takut tak lumat.
3 batang serai ~ dititik
Ubi kentang (optional)
Air asam jawa, garam 

Cara Membuat Ayam Ungkep:
1. Bahan kisar boleh ditumis atau dimasukkan terus ke dalam kuali.
2. Kalau ditumis, tunggu naik bau baru masuk ayam. 
3. Masukkan serai, masukkan air dan tutup. 
Sebab tu nama dia "ungkep" yg bermakna tutup dengan tudung kuali @ periuk 
4. Tunggulah ayam dah dekat nak empuk, masukkan ubi kentang. Tak ada tak apa
5. Perisakan dengan garam dan air asam jawa
 Note : kalau guna ayam pekan, last step baru masuk ayam
Cara Membuat Ayam Ketumbar:
Ikut semua step di atas 1-5 
Cuma step 3, ganti dengan santan cair@lebihkan air
Step 6: Masukkan santan pekat (RM1)
Perbezaannya hanyalah Ayam Ketumbar berkuah...itu saja
 
 
~Mak Ngah~

Spaghetti Olio Aglio

Resepi asal
---------------
200 gm spaghetti yang telah dicelur ~ Mak Ngah guna San Remo "Angel Hair". Air rebusan simpan.
2 sudu besar minyak zaitun
2-3 ulas bawang putih
3-4 udang sederhana besar ~ Mak Ngah tambah lagi
3-4 ekor isi kepah (Mussle) ~ Mak Ngah guna sotong potong bulat
Button mushroom (ikut suka) 
1 sudu teh pati ayam 
2-3 potong capsicum didadu@ potong memanjang
1 sudu teh oregano flakes
daun parsley (dicincang)
cili padi (jika mahu pedas) ~ Mak Ngah tukar ngan serbuk lada hitam
garam secukup rasa
* Mak Ngah tambah 2  biji tomato yang didadu


CARA MEMBUATNYA:

1. Tumis bawang putih dicincang tadi hingga kekuningan.
2. Masuk ayam kisar, udang dan sotong
3. Kacau rata dan masukkan button mushroom, capsicum , tomato bersama garam dan lada hitam. Gaul rata.
4. Masukkan spaghetti bersama sedikit air rebusannya jika nampak kering (untuk nampak basah...bukannya nak bagi berkuah )
         5. Masukkan oregano, gaul sebentar dan sedia untuk dihidangkan panas-panas


~ Mak Ngah ~


Gulai Bawal Cik Pah Tidak Bersantan


~Resepi ini diambil dari pemerhatian di rumah Cik Pah~

Bahan-bahan :
4 ekor bawal saiz tapak tangan dipotong 2 dan bersihkan
1 labu kecil bawang besar di hiris
3 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
2 tangkai daun kari
1 1/2 peket serbuk kari ikan bancuh dengan air
air asam jawa pekat
sedikit halba
sedikit garam
sayur tambahan : tomato , bendi

Cara Membuatnya:
 1. Tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih bersama daun kari dan halba.
2. Dah wangi, masukkan bancuhan serbuk kari. Lebihkan air (kitakan tak guna santan)
3. Masak rempah tersebut lama sikit lebih dari 5 minit. Biar api kecil.
* Itulah rahsia gulai Cik Pah. Rempah kari bagi betul-betul masak*
4. Masukkan ikan bawal. 
5. Masukkan air asam jawa dan perisakan dengan garam
6. Last, masukkan sayuran.

~ Mak Ngah ~

Kepak Ayam Bermadu


Bahan-bahan:
20 ketul kepak ayam (kecil)
10 ulas bawang merah ~ dikisar
5 ulas bawang putih ~ dikisar
1-2 bawang besar dihiris
3 sudu besar cili kisar (bergantung kpd kepedasan)
2 buah pelaga. 1 bunga lawang dan 1 batang kayu manis
7 sudu besar madu
sedikit tomato puri @ tomato sos (optional)
sedikit daun kari

Cara Membuatnya:
1. Tumiskan rempah tumis (buah pelaga, bunga lawang + kayu manis).
2. Masukkan bahan kisar dan daun kari
3. Bila naik bau, masukkan sedikit tomato puri@tomato sos pun boleh.
4. Masukkan madu ke dalam bahan tumisan.
  5.Perisakan dengan garam
6. Masukkan ayam. 
7. Masukkan bawang besar hiris. 
8. Kacau rata...Sedia untuk dihidangkan

~ Mak Ngah~

Makaroni Sup Bebola Daging


Bahan-bahan:
 
1 peket Macaroni 
1/2 kilo daging ~ direbus empuk dan dipotong kecil . Air rebusan simpan ya.
5 labu bawang besar + 6 ulas bawang putih ~ dikisar
2" halia..hiris @ ketuk boleh saja
Sepeket rempah tumis (bunga lawang, buah pelaga n kawan2 lain)
Sup bunjut 
2 sudu besar ketumbar biji ~ dikisar. Kalau guna serbuk ketumbar, 1 sudu besar .
2 sudu kecil jintan manis ~ dikisar. Guna serbuk : 1 sudu kecil.
Meat ball ~ terpulang nak banyak mana
Carrot dipotong kecil~ optional.
3 biji tomato buah, potong 4 je.
Garam, daun sup, bawang goreng penyedap rasa.
Sambal kicap

Cara:
1. Rebus daging + halia + sup bunjut
2.Bahan kisar, rempah tumis tiga beradik dan jintan+ ketumbar kisar  ditumis. Angkat dan ditoskan (tumis darat). 
3. Bila daging mula empuk, masukkan carrot dan meatball dan tumisan darat tadi
4. Masukkan tomato buah yang dipotong 4.
5. Perisakan dengan  garam
---------------------------------------------------
Cara Nak Hidang:
~ Macaroni rebus dulu dan tos..kemudian serve dlm mangkuk n tuang kuah pun boleh. Tak delah makaroni tu kembang sangat.
@  kalau nak cepat, masuk makaroni keras tu masa sup mendidih...sebelum masuk carrot dan tomato buah pun boleh. 
~ Taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng
~ Makan bersama sambal kicap

~Mak Ngah~

Tuesday 6 September 2011

Mee Bandung Nenek Zahrah


Resepi ini untuk sekilo mee dan lebih kurang 3liter  kuah

BAHAN KUAH
300g daging lembu, direbus lembut dan hiris. Simpan air rebusan
300g udang hidup, dikupas kulit. Goreng sebentar dengan sedikit minyak. 
* Gunakan minyak tadi untuk menumis bahan kisar*
Kulit udang dikupas tadi direbus....simpan airnya
Tambah sedikit sotong pun boleh.

* 6-7 ulas bawang merah
* 4 ulas bawang putih
*Segenggam cili kering dah gunting~ rebus sekejap
*Sesudu besar udang kering
Kesemua bahan * diblend
4 sudu sos tomato/cili@ dua-dua
3 biji tomato buah, potong 4
2 biji ubi keledek@kentang~ dipotong kecil dan blend bersama sedikit air
(Guna keledek lebih manis. Kalau guna kentang, kena tambah gula lah)
2 genggam kacang tanah digoreng dan dikisar
garam, gula
4 biji telur

BAHAN SAYURAN@HIASAN
Sawi dipotong dan dicelur
Tauge dicelur
2 biji tauhu ~ digoreng dan dihiris
Daun sup
Limau nipis@kasturi
Cili merah (hiasan)
Bawang goreng
Note : nak tambah sayur lain tak de masalah

CARA MEMBUATNYA
1. Tumis bawang merah, putih, cili kering dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau.
2. Masukkan air rebusan daging, rebusan udang dan ubi keledek yang telah diblend.
3. Masukkan daging atau sotong kalau ada. Udang dah goreng sekejap tadi. Nak campak terus pun leh, nak masuk last pun tak apa.
4. Tunggu agak pekat.
5. Tambahkan sos tomato, garam dan sedikit gula.
6. Masukkan kacang tanah yang ditumbuk tadi.
7. Masukkan tomato buah dipotong tadi.
(Kalau malas nak celur sayur...boleh masuk sayuran sebelum pecahkan telur)
8. Pecahkan telur satu persatu. Api kecil..jangan kerap kacau. Nanti telur pecah.
9. Kuah sudah ready.......


~Mak Ngah ~

Sambal Bilis Goreng

~Resepi ini dari Uncle Jahar di Shah Alam sewaktu beraya di rumahnya baru-baru ini~

Semangkuk bilis digoreng dan asingkan
~ seelok-eloknya bilis rangup bila digoreng. Mak Ngah guna bilis Langkawi~

1-2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
8 biji cili merah@cili hijau ~ boleh tambah cili padi untuk lebih ummmphhh
~ semua bahan dihiris
* boleh tambah petai dihiris jika suka*

Cara Membuatnya:
  • Tumis bawang besar, bawang putih dalam kuali
  • Masukkan cili yang telah dihiris
  • Perisakan dengan garam dan sedikit air asam jawa
  • Boleh tambah sedikit gula...petua orang Jawa untuk ganti "Mak Aji"
  • Barulah masukkan ikan bilis goreng tadi.
  • Kacau sekejap dan tutup api.

~Mak Ngah~

Udang Goreng Tepung

  •  Udang dibuang kulit (tinggalkan ekor sahaja)
  • Dibersihkan dan ditos kering
  • 1 kotak batter mix Tempura jenama Nona


*Jangan bancuh dengan air seperti arahan di kotak*
  • Gantikan dengan telur yang dipukul sebentar.
  • 2 biji telur = 1/2 peket batter mix (bergantung pada saiz telur)
  • Celupkan udang yang telah dibersihkan dan ditos kering dalam adunan batter 
  •  Goreng terendam.


~Mak Ngah~