Wednesday 23 November 2011

ICT@Ikan Celup Tepung

Hahaha...ikan pun terror ICT...jangan tak tau!!!

Mak Ngah guna ini sahaja...Mak Ngah ni tak suka lama-lama kat dapur. Masak cepat, makan cepat, kemas cepat....lepas tu TIDO...

BAHAN-BAHAN
10 ekor ikan kembung (termenung) sederhana besar
(musim mahal la ni..musim tengkujuh, RM7 sekilo...kalau tak RM3 pun dapat!)
Perapan halia Life
Tepung goreng serbaguna...apa-apa pun boleh, Mak Ngah tukar-tukar ikut suka
Itu aja....haaaa..sape kata memasak ni susah?

CARA-CARA
1. Ikan yang dah disiang dan dicuci, ditoskan kering.
2. Perap sekejap dengan perapan halia Life tu.
(Kalau tak ada jangan susah hati...lumur je dengan garam plus kunyit@bawang tumbuk bagi ada rasa sikit kat ikan tu)
3. Bahagi 2 tepung goreng serbaguna tu.
4. Satu part...bancuh dengan sedikit air dalam satu bekas
5. Satu part lagi....biar dalam bentuk tepung asal...letak dalam pinggan lain.
6. Panaskan minyak gorengan.
7. Celup ikan dalam bancuhan tepung (liquid) 
8. Kemudian golek atas tepung goreng sebelum dicampak dalam kuali
(campaklah...korang kan takut tangan kena minyak!!!)
9. Tadaaaaa.....sudah siap...

~ Mak Ngah ~

Labu Masak Lemak


Labu memang kegemaran Pak Ngah. Sekarang turun ke anak sulung.
"Nabi SAW pun suka makan labu" bangga mereka bercerita.

BAHAN-BAHAN
1/2 biji labu dipotong ikut suka, bersihkan dan masukkan dalam periuk
4 ulas bawang merah
sejemput ikan bilis
santan
daun kunyit
garam

CARA-CARA
1. Ikan bilis dan bawang merah ditumbuk bersama garam.
2. Masukkan ke dalam periuk bersama potongan labu tadi
3. Olehkerana hari ni Mak Ngah guna santan kotak 250ml, Mak Ngah tambah air dalam periuk tadi.
(Agak-agak terendam semua labu)
4. Masukkan daun kunyit. Mak Ngah masukkan 2 helai sebab kecil2 daunnya
5. Tunggu agak-agak empuk dan masukkan santan pekat.
Senangkan? 

Kena pulak sambal belacan dan ikan goreng tepung....Pak Ngah menambah nasi lah...

Tuesday 22 November 2011

Tempe goreng bijan


Sebelum ini style Mak Ngah, tempe goreng dilumur bawang merah+bawang putih yang ditumbuk dan digoreng.
Adakala ditambah ketumbar dan ditabur tepung sebelum digoreng (ni style Nenek Zahrah wat)
La ni...Mak Ngah nak buat kelainan sikit.....
Mak Ngah guna tepung goreng rangup segera ( tepung goreng pisang, cempedak) dan sedikit bijan.

Tepung goreng rangup Cap Tarbus (popular kat sini) dan sedikit bijan

CARA-CARA:
1. Tempe dipotong ikut kehendak masing-masing
2. Lumurlah sedikit dengan bawang merah dan bawang putih sedikit berserta garam (optional)
3. Bancuh tepung dengan sedikit air...agak-agak kecairannya
4. Kalau tak buat step 2, tambahlah sedikit garam dalam bancuhan tepung tadi.
5. Masukkan bijan
 6. Celup tempe dan goreng
7. Cicah dengan sambal kicap....dah serupa snek pulak!

~Mak Ngah~

Monday 21 November 2011

Itik Masak Rendang


Mak Ngah ubahsuai resepi rendang daging dalam tenet ini dengan daging itik jantan yang Mak Ngah bela . Daging dia dah serupa daging lembu. 

BAHAN-BAHAN:

1 ekor  daging itik ( lebih 2 kg) yang dipotong kecil serupa nak buat rendang ayam
4 peket kecil rempah kurma Adabi
1/2 cawan kerisik
RM3 santan pekat
garam, gula/gula melaka dan sedikit air asam jawa

BAHAN KISAR:

4 labu bawang besar
8 ulas bawang putih 
8 batang serai
2 cm halia
2 cm lengkuas
30 biji cili kering
(semua bahan di atas di kisar)
6 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit
(dimayang)

CARA-CARA:
1. Tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan rempah kurma (bancuh sedikit air) dan tumis lagi hingga naik bau. 
3. Masukkan daging itik. Kacau rata. Biarkan sekejap. Masak dengan api perlahan.
4. Oleh kerana Mak Ngah guna santan pekat proses,Mak Ngah tambahkan air biasa.
(kalau guna santan perah, bolehlah masukkan santan cair)
5. Bila daging itik dah agak lembut...lamalah jugak, itik jantanlah katakan...masuk air asam jawa, garam dan gula.
(Jangan masuk garam dulu untuk setiap masakan itik@lembu...jenuh nanti menunggu empuk)
6. Bila dah lembut daging tu....baru masukkan kerisik. Gaul rata.
7. Lastly, jangan lupa daun limau purut dan daun kunyit tadi. Biar hingga kuah agak pekat.

~Mak Ngah~