Monday 21 November 2011

Itik Masak Rendang


Mak Ngah ubahsuai resepi rendang daging dalam tenet ini dengan daging itik jantan yang Mak Ngah bela . Daging dia dah serupa daging lembu. 

BAHAN-BAHAN:

1 ekor  daging itik ( lebih 2 kg) yang dipotong kecil serupa nak buat rendang ayam
4 peket kecil rempah kurma Adabi
1/2 cawan kerisik
RM3 santan pekat
garam, gula/gula melaka dan sedikit air asam jawa

BAHAN KISAR:

4 labu bawang besar
8 ulas bawang putih 
8 batang serai
2 cm halia
2 cm lengkuas
30 biji cili kering
(semua bahan di atas di kisar)
6 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit
(dimayang)

CARA-CARA:
1. Tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan rempah kurma (bancuh sedikit air) dan tumis lagi hingga naik bau. 
3. Masukkan daging itik. Kacau rata. Biarkan sekejap. Masak dengan api perlahan.
4. Oleh kerana Mak Ngah guna santan pekat proses,Mak Ngah tambahkan air biasa.
(kalau guna santan perah, bolehlah masukkan santan cair)
5. Bila daging itik dah agak lembut...lamalah jugak, itik jantanlah katakan...masuk air asam jawa, garam dan gula.
(Jangan masuk garam dulu untuk setiap masakan itik@lembu...jenuh nanti menunggu empuk)
6. Bila dah lembut daging tu....baru masukkan kerisik. Gaul rata.
7. Lastly, jangan lupa daun limau purut dan daun kunyit tadi. Biar hingga kuah agak pekat.

~Mak Ngah~

No comments:

Post a Comment