Showing posts with label Masakan Pasta. Show all posts
Showing posts with label Masakan Pasta. Show all posts

Sunday, 11 December 2011

Mee Lidi Goreng

 Mee lidi dah serupa mee kuning biasa.

Mee lidi RM3 sepeket ni Mak Ngah beli di market Taman Ria, SP. Mee lidi ni buatan bumiputera .
 Serupa spaghetti juga tapi warna putih . Mee tanpa pewarna, tanpa pengawet, tanpa asid borik ni sesuai untuk mereka yang sensitif dengan mee kuning

Celur dengan air panas sebelum digunakan untuk masakan

~ Resepi untuk mee lidi goreng ni Mak Ngah tak sertakan kerana ini masakan untuk 2 bujang Mak Ngah yang berpantang udang, ayam, telur kerana bersunat. So, next time la ya ~

~Mak Ngah~

Thursday, 8 September 2011

Spaghetti Carbonara Express


Bahan-bahan:
1/2 bungkus spaghetti ~ rebus bersama 1/2 sudu minyak dan secubit garam. Toskan.
 
1 tin carbonara cendawan ~Mak Ngah guna jenama Campbell, tin biru
1/2 labu bawang besar ~ didadu
1 bawang putih ~ tumbuk lumat
2 keping isi ayam ~ kisar dalam food processor. Hiris nipis pun boleh.
1/2 tin cendawan butang ~ hiris 
lada sulah , garam

 Cara Membuat:
1. Tumis bawang putih dan bawang besar dengan minyak zaitun, (kalau ada le)
2. Dah layu, masukkan isi ayam. Masak sebentar.
3. Masukkan sedikit air, carbonara mushroom, cendawan hiris. Perisakan dengan sedikit garam dan lada sulah.
4. Nak tambah Nestle cream segar pun boleh.
5. Senangkan???

~ Mak Ngah ~

Wednesday, 7 September 2011

Spaghetti Olio Aglio

Resepi asal
---------------
200 gm spaghetti yang telah dicelur ~ Mak Ngah guna San Remo "Angel Hair". Air rebusan simpan.
2 sudu besar minyak zaitun
2-3 ulas bawang putih
3-4 udang sederhana besar ~ Mak Ngah tambah lagi
3-4 ekor isi kepah (Mussle) ~ Mak Ngah guna sotong potong bulat
Button mushroom (ikut suka) 
1 sudu teh pati ayam 
2-3 potong capsicum didadu@ potong memanjang
1 sudu teh oregano flakes
daun parsley (dicincang)
cili padi (jika mahu pedas) ~ Mak Ngah tukar ngan serbuk lada hitam
garam secukup rasa
* Mak Ngah tambah 2  biji tomato yang didadu


CARA MEMBUATNYA:

1. Tumis bawang putih dicincang tadi hingga kekuningan.
2. Masuk ayam kisar, udang dan sotong
3. Kacau rata dan masukkan button mushroom, capsicum , tomato bersama garam dan lada hitam. Gaul rata.
4. Masukkan spaghetti bersama sedikit air rebusannya jika nampak kering (untuk nampak basah...bukannya nak bagi berkuah )
         5. Masukkan oregano, gaul sebentar dan sedia untuk dihidangkan panas-panas


~ Mak Ngah ~


Makaroni Sup Bebola Daging


Bahan-bahan:
 
1 peket Macaroni 
1/2 kilo daging ~ direbus empuk dan dipotong kecil . Air rebusan simpan ya.
5 labu bawang besar + 6 ulas bawang putih ~ dikisar
2" halia..hiris @ ketuk boleh saja
Sepeket rempah tumis (bunga lawang, buah pelaga n kawan2 lain)
Sup bunjut 
2 sudu besar ketumbar biji ~ dikisar. Kalau guna serbuk ketumbar, 1 sudu besar .
2 sudu kecil jintan manis ~ dikisar. Guna serbuk : 1 sudu kecil.
Meat ball ~ terpulang nak banyak mana
Carrot dipotong kecil~ optional.
3 biji tomato buah, potong 4 je.
Garam, daun sup, bawang goreng penyedap rasa.
Sambal kicap

Cara:
1. Rebus daging + halia + sup bunjut
2.Bahan kisar, rempah tumis tiga beradik dan jintan+ ketumbar kisar  ditumis. Angkat dan ditoskan (tumis darat). 
3. Bila daging mula empuk, masukkan carrot dan meatball dan tumisan darat tadi
4. Masukkan tomato buah yang dipotong 4.
5. Perisakan dengan  garam
---------------------------------------------------
Cara Nak Hidang:
~ Macaroni rebus dulu dan tos..kemudian serve dlm mangkuk n tuang kuah pun boleh. Tak delah makaroni tu kembang sangat.
@  kalau nak cepat, masuk makaroni keras tu masa sup mendidih...sebelum masuk carrot dan tomato buah pun boleh. 
~ Taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng
~ Makan bersama sambal kicap

~Mak Ngah~