Bahan-bahan:
1 peket Macaroni
1/2 kilo daging ~ direbus empuk dan dipotong kecil . Air rebusan simpan ya.
5 labu bawang besar + 6 ulas bawang putih ~ dikisar
2" halia..hiris @ ketuk boleh saja
Sepeket rempah tumis (bunga lawang, buah pelaga n kawan2 lain)
Sup bunjut
2 sudu besar ketumbar biji ~ dikisar. Kalau guna serbuk ketumbar, 1 sudu besar .
2 sudu kecil jintan manis ~ dikisar. Guna serbuk : 1 sudu kecil.
Meat ball ~ terpulang nak banyak mana
Carrot dipotong kecil~ optional.
3 biji tomato buah, potong 4 je.
Garam, daun sup, bawang goreng penyedap rasa.
Sambal kicap
Cara:
1. Rebus daging + halia + sup bunjut
2.Bahan kisar, rempah tumis tiga beradik dan jintan+ ketumbar kisar ditumis. Angkat dan ditoskan (tumis darat).
3. Bila daging mula empuk, masukkan carrot dan meatball dan tumisan darat tadi
4. Masukkan tomato buah yang dipotong 4.
5. Perisakan dengan garam
---------------------------------------------------
Cara Nak Hidang:
~ Macaroni rebus dulu dan tos..kemudian serve dlm mangkuk n tuang kuah pun boleh. Tak delah makaroni tu kembang sangat.
@ kalau nak cepat, masuk makaroni keras tu masa sup mendidih...sebelum masuk carrot dan tomato buah pun boleh.
~ Taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng
~ Makan bersama sambal kicap
~Mak Ngah~
No comments:
Post a Comment